My Add

Friday 6 January 2012

RM148j untuk dua projek tebatan banjir di Sibu

SIBU, JUMAAT, 06 Januari, 2012: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM52 juta untuk pembinaan fasa dua Projek Tebatan Banjir Sibu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, projek itu termasuk meninggikan Jalan Lanang sepanjang satu kilometer lagi (untuk bertindak sebagai ban banjir), kerja pembaikan 1.6 kilometer jalan tepi parit, dua unit pintu kawalan air pasang dan stesen pengepaman air di sungai Ek Dee.

Pelan teperinci telah siap dan tender pembinaan akan dipanggil bulan ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengenai kerja pengorekan Sungai Rajang di Pulau Kerto sebagai satu lagi usaha tebatan banjir, beliau berkata kotraktor untuk projek RM9.7 juta itu telah dilantik.

Ia dijangka siap menjelang akhir Mac tahun ini, katanya.

Douglas berkata, kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM3 juta untuk projek yang sama di Sungai Bidut berhadapan bandar Sibu.

Mengenai kemajuan Projek Tebatan Banjir Sibu fasa satu, Uggah berkata ia telah 91 peratus siap. Projek bernilai RM83.3 juta itu dijadual siap bulan depan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment