My Add

Friday 6 January 2012

PM kecewa projek perumahan Felda Soeharto tergendala

HULU BERNAM, JUMAAT, 06 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata projek perumahan untuk generasi kedua Felda di Kampung Felda Soeharto sehingga kini masih tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kelulusan tanah daripada kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat.

Perdana Menteri berkata, beliau amat kesal projek yang beliau sendiri lancarkan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada April tahun lepas melibatkan lebih 200 unit rumah di atas tapak seluas 12 hektar kini terbantut.

"Projek ini terbantut kerana, walaupun tanah itu dimiliki Felda, tapi terpaksa diserah balik kepada kerajaan negeri untuk diberi balik kepada kita dan dipecahkan lot. Itu yang tak diluluskan kerajaan negeri sampai sekarang.

"Saya tak boleh buat apa-apa lagi kerana mereka dah tolak permohonan itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Warga Felda di Felda Gedangsa di sini hari ini.

Najib berkata, tindakan kerajaan Selangor menolak permohonan itu semata-mata atas tujuan politik kerana ia tidak mahu melihat keuntungan kepada BN biarpun projek itu adalah untuk kepentingan golongan generasi kedua Felda. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment