My Add

Tuesday 24 January 2012

Rumah terbuka serlah 1Malaysia

JELEBU, SELASA, 24 Januari, 2012: Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin terserlah menerusi penganjuran rumah terbuka pelbagai perayaan di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setiap kali rumah terbuka sesuatu perayaan diadakan, ia sentiasa dihadiri masyarakat berbilang kaum, sekali gus menceminkan konsep itu.

“Seperti rumah terbuka Krismas tahun lalu yang diadakan di Kajang, Selangor baru-baru ini berjaya menarik kehadiran pelbagai kaum iaitu lebih 30,000 kehadiran.

“Kita di Malaysia kaya dengan kebudayaan, sebab itu kita perlu hormat semua perayaan dan menjemput rakan-rakan kita daripada kaum lain untuk meraikan perayaan rumah terbuka bersama,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Pertang di sini, semalam.

Justeru, Rais berkata, sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012 di Setiawan, Perak pada 28 Januari depan juga bakal menyerlahkan semangat 1Malaysia dan dijangka lebih 40,000 masyarakat pelbagai kaum menghadirinya.

Beliau turut menyeru semua jawatankuasa Barisan Nasional peringkat bahagian dan cawangan termasuk ketua kampung, mengenal pasti serta menyenaraikan lebih ramai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia di daerah itu.

Rais berkata, ini bagi mengelak isi rumah yang berhak ketinggalan mendapat bantuan RM500 daripada kerajaan.

“Pada masa ini, sekitar 8,600 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 menerima bantuan tersebut, tapi kita mahu meningkatkan jumlah ini kerana ramai lagi isi rumah di sini berpendapatan bawah RM3,000,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment