My Add

Monday 16 January 2012

Sarawak guna pejabat daerah agih wang BR1M di pedalaman

KUCHING, ISNIN, 18 Januari, 2012: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pemohon di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai fasiliti perbankan di negeri ini akan dibayar menerusi pejabat daerah.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah, berkata langkah itu bagi memudahkan pemohon BR1M yang layak mendapatkan bantuan tersebut tanpa perlu berbelanja tinggi.

"Modus operandi pengagihan wang BR1M di Sarawak berbeza kerana di sini masih banyak tempat tidak ada kemudahan bank dan untuk pergi ke bank berdekatan untuk kawasan pedalaman dan luar bandar pastinya akan menelan kos tinggi," katanya di sini hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas perasmian Rumah Jamsin untuk kemudahan pesakit kanser berhampiran Hospital Umum Sarawak , berkata pembayaran akan dibuat secara berperingkat.

"...kepada mereka yang layak iaitu berpendapatan kurang RM3,000 sebenarnya masih boleh memohon kerana saya difahamkan tempoh kini sudah dilanjut untuk memastikan nama mereka yang layak tidak tercicir," katanya.

Mengenai isu berbeza, Fatimah berkata Biro Wanita dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara akan menganjurkan lebih banyak program pemeriksaan dan saringan percuma mengesan kanser payu dara bagi mereka berpendapatan kurang RM5,000.

"Kita merancang untuk menempatkan satu sudut pemeriksaan di setiap majlis dan program anjuran kerajaan dan agensi yang berkaitan selain di pesta-pesta dan keramaian," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan 5,200 Program Gempur Subsidi Mamogram dan saringan pemeriksaan penyakit kanser payu dara diadakan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment