My Add

Friday 20 January 2012

Sayuti Omar, Buletin Rakyat mohon maaf pada Zaid ibrahim

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Januari, 2012: Saman RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim terhadap penulis politik, Mohd. Sayuti Omar dan dua lagi kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam akhbar Buletin Rakyat pada November 2011, diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof merekodkan perintah persetujuan itu di kamar beliau dengan kehadiran peguam, Nizam Bashir yang mewakili Zaid dan peguam bagi Mohd. Sayuti selaku penulis artikel, pengarang akhbar, Norzah Kepol dan penerbit yang juga pemilik akhbar itu, Kantung Network Sdn. Bhd., sebagai defendan 1-3.

Mereka bertiga membacakan permohonan maaf kepada Zaid di kamar hakim itu.

Selain itu, mereka juga bersetuju membayar RM1,000 kepada Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan yang didirikan oleh Zaid sebagai sebahagian daripada terma persetujuan penyelesaian.

Pihak defenden juga bersetuju menarik balik pernyataan tersebut dengan membuat permohonan maaf di muka depan akhbar tersebut selepas Perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Zaid selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 9 Disember 2011 dengan mendakwa artikel bertajuk ‘Zaid terus hanyut dalam keegoannya’ yang ditulis oleh Mohd. Sayuti dan disiarkan di muka surat 16 akhbar dwi-mingguan itu pada 1 November tahun lalu telah menjejaskan reputasinya dengan teruk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment