My Add

Friday 27 January 2012

Tanam 300 pokok hargai atlet paralimpik

JEANNE Abdullah menyiram air ke atas pokok Salam sambil diperhatikan Abdullah Ahmad Badawi pada program menanam pokok oleh atlet paralimpik di Laman OKU, Taman Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Sebanyak 300 pokok pelbagai jenis ditanam di Laman Orang Kurang Upaya (OKU), Taman Paralimpik, Bukit Jalil sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan yang dicapai atlet paralimpik di Sukan Para ASEAN 2011, Solo, Indonesia pada penghujung tahun lalu.

Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Tun Jeanne Abdullah berkata, program yang dinamakan Hutan Kita itu dimulakan sejak 2009 lagi iaitu selepas Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur.

"Program ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada sumbangan, semangat, keberanian dan dedikasi yang ditunjukkan atlet paralimpik dalam bidang sukan, tetapi juga sebagai bukti mereka juga peka terhadap alam sekitar," katanya ketika berucap pada program menanam pokok oleh atlet paralimpik di sini, semalam.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program itu juga mendapat kerjasama beberapa pihak antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan Sekretariat Malaysia Prihatin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment