My Add

Thursday 5 January 2012

Tindakan tidak bertanggungjawab - KPN

SEREMBAN, 05 Januari, 2012: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan tindakan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram, Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini, untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu beliau menegaskan, polis telah bersiap sedia untuk mengambil tindakan serta menyusun rancangan bagi menggagalkan tindakan pihak yang ingin menyertai kempen tersebut demi untuk mengekalkan keamanan.

"Slogan untuk membebaskan Anwar itu adalah cara yang tidak bertanggungjawab kerana sistem keadilan kita sentiasa memberi peluang. Biarlah mahkamah memutuskan dan bukannya orang ramai.

"Tindakan mereka berkumpul di jalan raya dan ganggu ketenteraman merupakan tindakan yang tidak menghormati kedaulatan negara. Oleh itu, kita akan kekalkan ketenteraman kerana saya percaya apa yang mereka buat ini akan timbulkan kekacauan.

"Pendirian Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam hal ini adalah jelas seperti dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam (kelmarin)," katanya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Pengisytiharan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Nilai, dekat Mantin di sini semalam.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini berhubung kedegilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment