My Add

Wednesday 11 January 2012

UPSI minta tindakan memburukkan namanya dihentikan

IPOH, RABU, 11 Januari, 2012: Semua pihak diminta menghentikan tindakan memburuk-burukkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berhubung perbuatan dua pelajarnya yang didakwa terlibat dalam demonstrasi di hadapan kampus universiti itu baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Perancangan Korporat dan Antarabangsanya, Prof. Dr. Mohmad Yazam Sharif menegaskan, adalah tidak wajar untuk memberi sebarang label negatif terhadap UPSI memandangkan hanya segelintir pelajar universiti berkenaan terbabit dalam insiden itu.

''Hanya segelintir kecil mahasiswanya terlibat dalam demonstrasi yang diadakan di hadapan kampus tersebut pada malam tahun baru 2012 baru-baru ini.

''Justeru tidak wajar UPSI disindir lebih-lebih lagi apabila mereka yang terlibat telah diambil tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohmad Yazam berkata, pihaknya turut berasa sangat kesal dengan penyiaran karikatur dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 dan 4 Januari 2012 yang secara sinis memberi imej buruk dan menghina nama baik universiti itu.

Katanya, pihak UPSI yakin penyiaran karikatur yang berbaur sindiran itu adalah rentetan daripada isu demonstrasi tersebut.

Beliau berkata, sejak penubuhan UPSI pada 1997, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu telah menyumbang dalam pelbagai isu yang berkaitan kualiti pendidikan negara selain menabur bakti dalam gerak kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment