My Add

Friday 6 January 2012

Yakinlah usaha senarai FGVH demi masa depan FELDA: PM

KUALA KUBU BAHARU: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta masyarakat Felda memberi kepercayaan penuh terhadap usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH), menyatakan ia akan memastikan masa depan mereka lebih terjamin, malahan "durian runtuh" dalam empat hingga lima bulan. 

"Saya sendiri akan perhatikan supaya masyarakat Felda akan mendapat keuntungan maksimum, sebanyak mungkin dari perancangan ini," kata Perdana Menteri sewaktu berucap di Majlis Perdana Menteri Bersama Warga Felda di Felda Gedangsa dalam lawatannya ke Hulu Selangor di sini.

Beliau berkata penyenaraian itu akan membantu proses lonjakan kedua untuk masyarakat itu melalui pemilikan saham dengan syarikat global yang akan menjana dividen tinggi.

Lonjakan pertama telah berjaya mengubah kehidupan mereka daripada yang tidak ada tanah dan kais pagi makan pagi kepada mempunyai rumah sendiri yang agak mewah, katanya. 

Najib turut memberikan jaminan bahawa FGVH yang akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada April ini akan diuruskan dengan cara paling profesional bagi menjadikannya syarikat perladangan terkemuka di dunia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment