My Add

Sunday 10 February 2013

2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas ketika dikejar polis


 *DUA perompak maut selepas dua motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari sepasukan anggota polis yang mengejar mereka di susur masuk ke Mambau Lebuh Raya Seremban-Port Dickson berhampiran plaza tol Mambau di sini hari ini. - BERNAMA

SEREMBAN, SABTU, 09 Februari, 2013: Dua lelaki suspek kes rompak terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari buruan polis di susur masuk ke Mambau, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Mambau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun berkata, dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang menunggang dua motosikal berasingan itu dipercayai melarikan diri selepas melakukan satu rompakan di sebuah kedai kek di Batu 6, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian rompakan membabitkan dua suspek berusia 21 dan 27 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari dan sebaik menerima laporan, anggota peronda polis telah dapat mengesan motosikal yang ditunggangi suspek berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau, lebuh raya itu.

"Apabila anggota polis berkenaan menghampiri kedua-dua lelaki ini mereka terus melarikan diri dan pasukan polis itu telah mengejar mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, sebaik tiba di selekoh berhampiran susur masuk ke Mambau, kedua-dua suspek gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, seorang daripada suspek itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini.

Menurut Abd. Wahab hasil pemeriksaan ke atas mangsa, polis menemui dua telefon bimbit jenis iPhone 4 dan Samsung S2 serta dua bilah parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan rompakan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment