*PEKERJA warga Bangladesh yang berasa marah kerana ditipu majikan menendang pintu pejabat Kedutaan Bangladesh semasa demonstrasi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR |
Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Seramai 250 warga Bangladesh berdemonstrasi di hadapan pejabat Kedutaan Bangladesh di sini sejak kelmarin bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap majikan mereka yang didakwa menipu apabila tidak membayar gaji dan memperbaharui permit kerja.
Demonstrasi dari pukul 8 hingga 11 pagi bermula Ahad lalu dan disertai warga Bangladesh yang bekerja di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Bagaimanapun, perhimpunan itu bertukar menjadi sedikit kecoh hari ini apabila segelintir pekerja terbabit gagal mengawal emosi dan menendang pintu pejabat kedutaan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment