My Add

Wednesday, 20 February 2013

Semua kena main peranan - Jones

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
 KOTA BHARU, SELASA, 19 Februari, 2013: Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan usaha yang tinggi dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia di negara ini.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones berkata, bagaimanapun usaha tersebut tidak akan memberikan kesan ketara jika tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai jenayah itu masih rendah.

Beliau berkata, orang ramai harus memahami mengenai asas jenayah tersebut dan bersama-sama dengan kerajaan bagi mengatasinya.

“Paling penting ialah orang ramai memahami asas bagaimana jenayah ini berlaku dan kemudian penekanan dibuat oleh kerajaan. Gabungan kedua-dua pihak itu akan memberi hasil yang terbaik dan dunia keseluruhannya harus melindungi mangsa jenayah ini.

“Kita lihat ada antara negara di rantau ini bertindak sebagai negara sumber, negara transit dan negara destinasi. Jadi manusia akan bergerak ke serata tempat dan akan wujud sindiket jenayah yang akan mengambil peluang ke atas mereka yang terdedah untuk dijadikan hamba dunia moden," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment