My Add

Tuesday 26 February 2013

Balak: Kedah lepas tangan?

ALOR SETAR, ISNIN, 25 Februari, 2013: Kerajaan Pas Kedah mendakwa, mereka tidak bertanggungjawab terhadap pembalakan di kawasan seluas 142 hektar Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Kubang Pasu dekat sini kerana kawasan itu telah diserahkan kepada pemilik individu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, oleh kerana tanah berkenaan kini menjadi hak milik individu, urusan permohonan mendapatkan kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) apabila kawasan tersebut 'dibersihkan' bukan lagi di bawah kuasa kerajaan negeri.

Menurutnya, jika Jabatan Alam Sekitar (JAS) berpendapat kegiatan berkenaan memerlukan EIA kerana dibuat secara berkumpulan, perkara itu hanya melibatkan jabatan tersebut dengan pemilik tanah.

"Itu antara JAS dengan mereka, kita mana tahu. Kita pernah tanya JAS tentang keperluan untuk kelulusan EIA, mereka diam sampai sekarang tidak bagi jawapan," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment