Tuduhan Mahfuz berasaskan surat palsu
PUTRAJAYA, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Dakwaan mengenai kewujudan surat pekeliling Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengarahkan kad pengenalan tidak dikutip dihantar ke Sabah untuk pelupusan adalah tidak berasas dan hanya bersandarkan surat palsu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan JPN menunjukkan surat pekeliling yang ditunjukkan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan jabatan tersebut.
''JPN mengesahkan surat itu palsu dan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd. Said telah membuat laporan polis semalam.
''Ini menunjukkan Mahfuz telah membuat tuduhan berasaskan sepucuk surat yang palsu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment