My Add

Wednesday 20 February 2013

Azizah digesa beri penjelasan

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta memberi penjelasan benarkah Majlis Syura Ulama Pas kecewa dengan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa isu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Jerai, M. Sagadevan berkata, Wan Azizah perlu membuat sidang akhbar untuk memperjelaskan situasi sebenar antara majlis itu dan suaminya melibatkan isu kalimah Allah; aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT); fahaman pluralisme; Shamsidar dan menyokong Israel.

Katanya, rakyat terutama ahli PKR perlu tahu adakah beliau akan bertindak membuat rayuan bagi membela suaminya demi menarik semula sokongan majlis tersebut.

"Wan Azizah perlu menyatakan sama ada beliau setuju atau tidak dengan tindakan majlis itu terhadap Anwar. Jika tidak setuju, adakah Wan Azizah akan buat rayuan kepada majlis tersebut bagi pihak Anwar," katanya dalam satu kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment