My Add

Wednesday 20 February 2013

Dakwa video Anwar palsu bukti PKR terdesak

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya video ucapan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperkecil ilmu agama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai palsu adalah bukti parti itu cukup terdesak.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, penafian itu jelas menunjukkan parti tersebut terpaksa menggunakan jurucakap bagi pihak Anwar, dalam usaha PKR menenangkan penyokong Pas yang kini marah dengan kenyataan berkenaan.

"Siapa yang kenal, pasti tahu tentang perangai Anwar yang gemar mengeluarkan kenyataan seperti itu bagi menarik sokongan semasa berucap. Anwar sentiasa bercakap sesuatu yang berbeza, di kawasan berbeza bagi mendapat perhatian khalayak berbeza.

"Jika benar PKR mendakwa video ucapan Anwar tersebut adalah palsu mengapa parti itu tidak mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman media dan penulis blog yang menyiarkan video itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment