My Add

Wednesday 20 February 2013

Kedah kembali bergolak

Oleh MOHD. ASRON MUSTAP
KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Februari, 2013: Pas Kedah kembali dilanda badai apabila Timbalan Pesuruhjaya I negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi secara terbuka mengaku bersedia menggalas jawatan Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan.

Kenyataan orang nombor dua Pas Kedah itu dibuat ketika khabar angin mengatakan Pas negeri berpecah tiga iaitu puak pro-Phahrolrazi, kumpulan pro-Datuk Seri Azizan Razak dan satu lagi memihak Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sedang bertiup kencang.

Malah beliau yang pernah 'berperang' dengan Azizan setelah melancarkan 'pemberontakan terbuka' pada awal tahun lepas apabila enggan menerima pelantikan semula sebagai Exco dilihat menyindir Menteri Besar itu yang diketahui umum menghadapi masalah kesihatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment