My Add

Thursday 21 February 2013

Azizan bertegas tidak tunduk desakan supaya berundur

ALOR SETAR, RABU, 20 Februari, 2013: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan pihak tertentu yang terus mendesaknya berundur daripada jawatan Menteri Besar.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri turut menempelak pihak terbabit yang disifatkan sebagai musuh beliau kerana cuba mencetuskan huru-hara terutama ketika kebanyakan pihak menumpukan perhatian terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sambil melahirkan rasa kesal dengan tindakan terbaharu itu, beliau turut percaya desakan tersebut merupakan strategi pihak tertentu yang tidak menyukai corak pentadbirannya.

"Sekarang sudah dekat PRU-13, semua pihak sepatutnya menumpukan perhatian dan timbul pula isu ini. Tetapi saya tidak rasa apa-apa pun, biasa sahaja. Biarlah mereka nak buat apa pun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment