My Add

Thursday 21 February 2013

Keamanan, kestabilan kunci masa depan negara

MIRI, RABU, 20 Februari, 2013: Keamanan dan kestabilan harus dipertahankan rakyat Malaysia kerana dua elemen tersebut merupakan faktor terpenting yang menjamin masa depan lebih baik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sekiranya dua elemen berkenaan tergugat dan gagal dikekalkan, tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang mampu menjanjikan kemakmuran serta kesenangan untuk dinikmati rakyatnya.

Malah tegas beliau, masa depan rakyat akan malap dan golongan itu tidak mampu mengharapkan apa-apa, sebaliknya hidup menderita tanpa pembelaan sewajarnya.

"Ketika lawatan saya ke Gaza baru-baru ini, saya mendapat gambaran jelas tentang keadaan sebenar sekiranya keamanan dan kestabilan tidak dapat dipelihara iaitu sekolah dijadikan sasaran peluru dan bom manakala anak-anak kecil menjadi yatim tidak berayah atau beribu.

"Berbeza dengan negara ini, kita semua masih berwajah ceria serta boleh berasa riang kerana memiliki keyakinan tinggi terhadap masa depan yang akan tetap cerah di bawah langit 1Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment