My Add

Tuesday 26 February 2013

Azzumuddie tidak stabil?

LAHAD DATU, ISNIN, 25 Februari, 2013: Ketua pasukan bersenjata asing yang menceroboh Kampung Tanduo, Raja Muda Azzumuddie digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak stabil dan bertindak nekad melancarkan pencerobohan tersebut atas cita-cita peribadi.

Azzumuddie yang berusia lewat 60-an dipercayai bertindak demikian kerana mahu mendapatkan pengiktirafan untuk diri sendiri dan abangnya, Sultan Jamalul Kiram III, kerana gelaran Raja Muda mahu pun Sultan tidak memberi apa-apa erti di Filipina.

Selain pengiktirafan, beliau yang kini menghadapi masalah jantung dipercayai mahu menjadikan pencerobohan itu sebagai platform untuk mendapat bantuan kewangan daripada pelbagai pihak kerana sebelum ini hanya bertugas sebagai guru sekolah rendah di Pulau Jolo.

Beliau juga didakwa bertindak demikian kerana berasa terancam selepas kerajaan Filipina menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menyebabkan Azzumuddie khuatir mengenai nasib kerabat Kesultanan Sulu selepas ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment