My Add

Wednesday 20 February 2013

BR1M bukan pancing undi


*SHAFIE Apdal mendengar dengan penuh teliti luahan rasa salah seorang penerima BR1M 2.0 dalam majlis penyampaian bantuan itu di Semporna, Sabah, semalam.

Oleh ALFEY CHESTER
SEMPORNA, SELASA, 19 Februari, 2013: Rakyat diminta tidak terpedaya dengan fitnah pembangkang yang mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bertujuan memancing undi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebaliknya menegaskan, BR1M 2.0 diberikan kepada setiap rakyat yang layak tanpa mengira sebarang perbezaan fahaman politik, kaum dan agama.

Jelas beliau, pemberian BR1M merupakan antara usaha berterusan kerajaan bagi meringankan beban hidup rakyat, tidak kira sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

"Kalau sebab mahu pancing undi, tahun lepas kita tidak buat (pembahagian BR1M), sebab tahun lepas tiada pilihan raya," kata beliau yang juga Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Semporna semasa berucap dalam majlis penyampaian BR1M 2.0 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment