My Add

Friday, 1 February 2013

Cendawan pelik berwarna emas ditemui

*NIK Azman Abdul Ghani menunjukkan spesies cendawan berwarna keemasan yang ditemuinya di Kampung Permatang Buluh, Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah, kelmarin.

PADANG SERAI, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Seorang pencari madu lebah di Kampung Permatang Buluh, Sidam Kiri dekat sini, terperanjat apabila menemui spesies cendawan yang didakwa pelik kerana bersaiz besar dan berwarna keemasan.

Nik Azman Abdul Ghani, 31, mendakwa, dia menemui cendawan yang dianggap unik Sabtu lalu ketika sedang mencari buluh di Bukit Tok Medan bersebelahan kampungnya.

“Cendawan ini berbentuk pelik selain warnanya keemasan. Saya temui dua tompok cendawan dengan jarak antara 2.5 meter antara satu sama lain.

“Setiap tompok cendawan ini mengandungi antara 10 hingga 12 jejari dengan sebahagian besar berwarna emas. Baunya pula seperti kulat biasa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment