My Add

Friday, 1 February 2013

Guru AS jatuh cinta dengan Terengganu

 *AHMAD Razif Abd. Rahman (tiga dari kanan) bermesra dengan guru Pembantu Bahasa Inggeris (ETA) sempena pelancaran program dan majlis serahan ETA di Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Tahun lalu, Amanda Ussak, 24, berkunjung buat kali pertama ke negara ini untuk melawat rakan senegara dan ternyata lawatan singkat itu telah membibitkan rasa rindu kepada Malaysia sehingga dia bertekad mahu ke negara ini lagi.

Justeru, dia selalu mendapatkan maklumat berkaitan program untuk golongan pelajar yang akan membolehkannya untuk ke negara ini lagi, negara yang disifatkannya sebagai sangat unik kerana masyarakatnya hidup aman walau berbeza kaum, agama dan budaya.

Sebaik sahaja mengetahui tentang program Pembantu Bahasa Inggeris (ETA) yang merupakan kerjasama jaringan pendidikan antara Malaysia dengan AS, gadis dari New Jersey itu tidak menunggu lama untuk mendaftarkan diri. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment