My Add

Sunday 10 February 2013

Demonstrasi, rusuhan beri kesan amat buruk

Fthul Bari Mat Jahya menyampaikan kertas kerja berjudul Melahirkan Usahawan Cemerlang pada Konvensyen Usahawan TEKUN dan Ekspo Keusahawanan TEKUN Nasional 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 FebRUARI, 2013: Demonstrasi dan rusuhan merupakan perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan, sekali gus memberikan kesan yang amat buruk kepada ekonomi sesebuah negara.

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya dengan mengambil contoh kejadian yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah berkata, akibat daripada rusuhan serta peperangan di negara-negara terbabit, ekonomi umat Islam berada dalam keadaan lemah.

Beliau berkata, keadaan seumpama itu sudah tentu perlu dijauhkan daripada berlaku di negara ini kerana yang akan menjadi mangsa ialah rakyat sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment