My Add

Thursday 21 February 2013

Ekonomi tumbuh 5.6% tahun lalu

Oleh Fadzil Zainol Ariffin
KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6 peratus pada tahun lalu berbanding 5.1 peratus pada 2011.

Pencapaian itu didorong oleh pertumbuhan yang memberangsangkan bagi suku keempat tahun lalu sebanyak 6.4 peratus yang disokong oleh pengukuhan permintaan domestik yang berterusan.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM), pada suku keempat, pelaburan kekal kukuh dan menjadi pendorong utama pertumbuhan.

Pertumbuhan pada suku tersebut juga dibantu oleh eksport bersih yang mencatat kemerosotan yang lebih kecil.

Jelas BNM, pelaburan sektor swasta pada suku keempat meningkat sebanyak 20.2 peratus, disokong oleh perbelanjaan modal di dalam sub sektor perkilangan berorientasikan pasaran dalam negeri dan perkhidmatan berkaitan pengguna, iaitu telekomunikasi, hartanah dan penerbangan serta aktiviti sektor minyak dan gas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment