My Add

Wednesday 20 February 2013

PNB gembleng 162.9b unit saham amanah

KUCHING, SELASA, 19 Februari, 2013: Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjaya menggembleng 162.9 bilion unit saham amanah daripada 11.311 juta pelabur sehingga akhir bulan lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, kejayaan itu membolehkan syarikat pelaburan tersebut melabur dan membeli saham 200 buah syarikat besar dan terkemuka negara.

Katanya, antara saham syarikat yang mempunyai kepentingan ekuiti PNB adalah Maybank, Sime Darby, UMW Holdings, I&P Group, SP Setia, NCB Holdings, MIDF, CCM, Prolintas dan banyak lagi.

"Pelaburan dan pembelian saham syarikat tersebut mampu memberi keuntungan untuk membayar serta mengagihkan dividen sebanyak RM102.5 bilion kepada para pelabur sepanjang 31 tahun penubuhan PNB.

"Bagi tempoh 12 bulan tahun lalu, PNB telah membayar dividen dan bonus sebanyak RM11.31 bilion kepada para pelabur, jumlah itu meningkat berbanding RM9.85 bilion pada tahun sebelumnya," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment