My Add

Saturday 9 February 2013

Fasa 2 Waterfront RM150 juta di Kampung Cina, Terengganu disambung

KUALA TERENGGANU, SABTU, 09 Februari, 2013: Kerajaan negeri sedang melaksanakan fasa kedua pembangunan Kampung Cina dengan membina pinggiran air sepanjang satu kilometer melibatkan peruntukan kira-kira RM150 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata pembinaan pinggiran air itu merupakan sambungan kepada pinggiran air sedia ada di perkampungan berkenaan.

"Kerja-kerja pembinaan waterfront di pinggir bandar ini telah bermula dari Pasar Kedai Payang hingga Kampung Tanjung termasuk membina jeti pelancongan untuk ke Pulau Redang.

"Apabila siap kelak, ia akan mewujudkan empat hektar tanah baru yang boleh dijadikan kawasan taman rekreasi yang menarik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program tinjauan mesra sempena sambutan Tahun Baru Cina di Esplanade Kampung Cina di sini semalam.

Ahmad berkata, Pasar Besar Kedai Payang dan kedai-kedai di kawasan berkenaan akan turut disusun semula di bangunan empat tingkat.

"Deretan kedai emas, kedai kain sutera, batik, songket dan sebagainya akan disusun dan diperkemas selain dibina 400 tempat letak kereta," katanya.

Sementara itu, beliau berasa gembira dengan sambutan Tahun Baru Cina tersebut yang mendapat sambutan luar biasa dan meriah.

"Ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat. Kita yakin dan percaya dengan kedudukan ekonomi yang bertambah baik, masyarakat Tionghua terutama di Terengganu akan memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum nanti," katanya.

Ahmad turut mengesyorkan Jalan Kampung Cina ditutup selama dua hari sempena perayaan itu esok bagi memberi kemudahan kepada orang ramai bersiar-siar di kawasan berkenaan untuk menikmati kemeriahan suasana sambutan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment