Guan Eng cuba tutup kelemahan sendiri - Ranjit
PULAU PINANG, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hanya mahu menjawab soalan wartawan secara bertulis dalam sesuatu isu disifatkan mahu menutup kelemahan diri sendiri.
Ahli Majlis Peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata, dalam era teknologi canggih ini, Guan Eng berpeluang untuk merakamkan apa yang diperkatakan dan membuktikan kepada umum jika ada media menyalah tafsir laporannya.
Justeru tegasnya, tidak perlu untuk mengelak daripada menjawab soalan wartawan jika Setiausaha Agung DAP itu yakin kenyataannya benar.
"Jika betul media salah tafsir kenyataannya, tolong bandingkan apa yang telah dia (Guan Eng) cakap dengan laporan yang media siarkan.
"Tidak perlulah dia 'pusing' cerita," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyiasatan Tata Tertib Majlis Peguam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment