My Add

Friday 1 February 2013

LGBT: Guru perlu kreatif didik pelajar

*SEBAHAGIAN daripada guru dan ibu bapa yang menghadirI Seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Guru perlu mengunakan kreativiti mereka untuk mendedahkan pelajar kepada kesan buruk gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang kini merupakan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyedari gejala itu semakin menular di negara ini dan satu langkah segera lebih proaktif harus diambil bagi menanganinya.

Ekoran itu ujarnya, kementerian memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif di sekolah yang menekankan isu-isu pendidikan seks dalam kalangan pelajar.

"Selain itu, melalui transformasi pendidikan yang dibuat, mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral juga diperkemaskan bagi menyediakan pelajar yang lebih matang tentang isu-isu berkaitan sosial. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment