My Add

Friday 1 February 2013

Hentikan projek di Ulu Muda

Oleh ROSALINDA MD.SAID

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Belum reda kerakusan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Gunung Inas, Pedu serta Jeniang, kerajaan negeri Kedah sekali lagi dikecam berhubung kegiatan serupa yang berleluasa di Hutan Simpan Ulu Muda.

Perkara itu disuarakan Sahabat Ulu Muda (FOUM) yang menggesa kerajaan negeri Kedah menghentikan segala aktiviti pembalakan di kawasan tersebut berikutan lokasinya yang didakwa terletak dalam kawasan tadahan air.

Wakil FOUM, Surin Suksuwan (gambar) berkata, pembalakan yang berterusan di lokasi itu dibimbangi akan memusnahkan kawasan tadahan air dan sekali gus menjejaskan jaminan bekalan air di tiga negeri di utara iaitu Perlis, Kedah serta Pulau Pinang.

Tegasnya, kerja-kerja pembalakan di kawasan terbabit dipercayai kembali berleluasa sejak kira-kira dua tahun lalu hasil maklumat daripada penduduk tempatan dan pemantauan FOUM. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment