My Add

Sunday 10 February 2013

Jafrei cabar Ronnie jawab isu pokok

PULAU PINANG, SABTU, 09 Februari, 2013: Bekas Pegawai Khas Ronnie Liu, Jafrei Nordin meminta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor itu supaya tidak menimbulkan isu remeh sebaliknya menjawab soalan pokok yang dibangkitkannya semalam.

Jafrei berkata, dakwaan Ronnie yang beliau mencetak kad nama secara sulit tanpa pengetahuan wakil rakyat DAP itu adalah cubaan untuk mengalihkan isu besar yang harus dijelaskan kepada rakyat.

"Saya seorang profesional yang mana jika berurusan, saya akan pastikan segala dokumen rasmi lengkap.

"Kepada Ronnie, jangan cuba membuat provokasi terhadap saya, kelak beliau yang malu besar kerana saya tahu apa yang beliau tahu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Jafrei, 41, mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta sebagai pembantu khas Ronnie selepas hilang kepercayaan terhadap bekas majikannya itu selain sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu yang cuba memecah-belahkan rakan sekutu dalam pembangkang iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor. - UTUAN

No comments:

Post a Comment