My Add

Friday, 1 February 2013

Kaji semula pemecatan Nasha

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Januari, 013: Majlis Syura Ulama Pas perlu mengkaji semula keputusan memecat bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya bagi membolehkan Ahli Parlimen Bachok itu diberi peluang membela diri terhadap setiap tuduhan yang dibuat.

Tokoh Pas yang disegani, Datuk Muslim Othman berkata, Majlis Syura Ulama perlu mengambil perhatian tentang saranan itu memandangkan Nasharudin pada masa ini tidak diberi hak sewajarnya sebagai orang yang dituduh melakukan kesalahan.

Beliau yang secara peribadi amat berdukacita dengan keputusan pemecatan tersebut menegaskan, kegagalan Nasharudin menerima surat pemecatan sehingga hari ini juga sepatutnya tidak berlaku.

''Saya dimaklumkan Nasharudin menerima berita pemecatannya melalui akhbar manakala surat pemecatannya pula sehingga kini belum diterima. Jika benar Majlis Syura telah menghantar surat tersebut, buktikan?" tegasnya.  - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment