My Add

Friday 1 February 2013

PM lancar Bantuan Lesen 1Malaysia

 *NAJIB Tun Razak menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika melancarkan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah, semalam. Turut kelihatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (tiga kanan); Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir (kanan) dan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim (dua kanan). - BERNAMA
ALOR SETAR, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, c (BL1M) yang dilancarkan hari ini dapat membantu lebih ramai golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2 dengan mudah dan murah.

Perdana Menteri berkata, skim tersebut sekali gus dapat mengatasi masalah yang timbul sebelum ini iaitu golongan muda mempunyai motosikal tetapi tidak mempunyai lesen.

"Kadar bayaran biasa ialah RM350 ke atas seorang tetapi dengan BL1M, RM199 sahaja seorang dan kalau gagal ujian komputer, kita akan beri percuma ujian lagi," katanya ketika melancarkan BL1M di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini.

Najib berkata, skim itu diharap membolehkan semua golongan muda berusia 17 hingga 40 mempunyai lesen di seluruh negara.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, BL1M diilhamkan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) bagi mengatasi masalah kos pengambilan lesen memandu yang tinggi dalam kalangan penduduk, khususnya belia di luar bandar.

Katanya, BL1M juga merupakan suatu produk yang relevan dengan keperluan anak muda dan masyarakat memandangkan lebih 200,000 penunggang motosikal tidak mempunyai lesen.

"Menerusi program itu, para belia yang berusia 17 hingga 40 tahun layak menikmati diskaun hampir 50 peratus untuk mengambil lesen menunggang motosikal jenis B2 dengan hanya membayar RM199," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 500,000 penduduk dijangka meraih manfaat daripada BL1M itu.

"Program ini terbuka kepada rakyat yang tidak mempunyai sebarang lesen memandu. Peserta akan menjalani kursus ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian satu hingga tiga kali," jelasnya.

Orang ramai yang berminat untuk memohon BR1M boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.bl1m.my.

Sementara itu, penyedia perkhidmatan e-kerajaan, My E.G. Bhd. (MYEG) telah dilantik bagi mentadbir dan menguruskan pelaksanaan program (BL1M di seluruh negara.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Norraesah Mohamad berkata, pihaknya gembira kerana telah dipilih untuk mengurus serta mentadbir BL1M dalam usaha membantu golongan sasaran.

"Bertepatan dengan matlamat mengutamakan rakyat, kami percaya BL1M akan dapat meningkatkan kesedaran tentang etika pemanduan berhemat sekali gus meningkatkan tahap keselamatan pengguna,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment