My Add

Sunday 24 February 2013

Kerajaan akan laksana KSIB: Muhyiddin

KUALA LUMPUR, AHAD, 24 Februari, 2013: Kementerian Pelajaran akan melaksanakan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) untuk memastikan pendidikan negara setaraf negara maju hasil kerjasama pintar ibu bapa dan pihak sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, KSIB yang digerakkan bersama menerusi Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sudah dilaksanakan di kebanyakan negara maju.

"Sekolah di negara maju turut digerakkan bersama oleh ibu bapa bagi melaksanakan setiap aktiviti di luar bilik darjah," katanya melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Guru Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini sebentar tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. - BH

No comments:

Post a Comment