My Add

Friday 1 February 2013

Ketua parti agama ditangkap rasuah

 ISHAAQ
JAKARTA, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia semalam buat pertama kalinya telah menahan seorang pemimpin sebuah parti Islam atas tuduhan rasuah.

Jurucakap suruhanjaya tersebut, Johan Budi memberitahu pemimpin Parti Keadilan Sejahtera, Luthfi Hasan Ishaaq ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi mendapatkan kontrak kerajaan kepada sebuah syarikat pengimport daging, PT. Indoguna Utama.

Parti Keadilan Sejahtera merupakan parti Islam terbesar di Indonesia dan menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran republik itu.

Ishaaq ditahan pada Rabu, dua hari selepas dua orang pengarah syarikat terbabit dan pembantunya ditangkap di sebuah hotel di sini.

Pasukan penyiasat juga merampas wang tunai berjumlah AS$103,000 (RM320,000) yang ditemui di dalam kereta pembantu Ishaaq.

"Memang wujud bukti yang cukup untuk menamakan Luthfi Hasan Ishaaq sebagai suspek," kata pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Indonesia, Bambang Widjojanto.

Ishaaq bagaimanapun mengaku tidak bersalah. - Agensi /KOSMO

No comments:

Post a Comment