My Add

Friday 1 February 2013

Najib tweet #savekedah

ALOR SETAR, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kira-kira 1.2 juta pengikut di Twitter hari ini menjadi orang pertama tweet #savekedah bagi menyatakan sokongan terhadap kempen ‘Selamatkan Bumi Kedah’.

Kempen ‘Selamatkan Bumi Kedah’ yang digerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Jaringan Gelombang Merahitu secara rasminya bermula di Twitter kira-kira pukul 5.15 petang.

Koordinator Rali Selamatkan Bumi Kedah, Anas Hafiz Mustafa berkata, pihaknya berharap sebanyak 1.2 juta pengikut Twitter Perdana Menteri akan membantu menyebarkan mesej tentang kempen tersebut.

“Apabila beliau tweet #savekedah hari ini, kami yakin ramai pengikut beliau akan nampak mesej ini.

“Kami harap mesej tentang kempen ini akan tersebar dengan cepat dan secara berterusan," katanya ketika ditemui dalam Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment