My Add

Sunday 10 February 2013

Lojing terus digondol dengan rakus

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

GUA MUSANG, SABTU, 09 Februari, 2013: Kemusnahan alam di kawasan tanah tinggi Lojing di sini berterusan seolah-olah tiada penghujungnya biarpun isu itu sering mendapat liputan meluas daripada media arus perdana sejak beberapa tahun lalu.

Justeru itu, ia menimbulkan persoalan adakah Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengambil kisah tentang kemusnahan alam yang semakin rancak berlaku di kawasan tersebut.

Malah, tinjauan 'mata kasar' Mingguan Malaysia di kawasan tersebut semalam mendapati semakin banyak ladang kelapa sawit dan kebun sayur serta bunga dibuka di kawasan berkenaan bagi menampung kepadatan kawasan peranginan Cameron Highlands, Pahang yang terletak bersebelahan dengannya.

Soalnya, adakah kerakusan syarikat-syarikat yang beroperasi di situ mendapat restu daripada Kerajaan Pas Kelantan sehingga mereka diberi 'imuniti' tanpa sebarang tindakan sehingga menyebabkan alam sekitar semakin musnah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment