My Add

Sunday 10 February 2013

Masalah gaji rujuk Majlis Perundingan Gaji Negara

SEREMBAN, SABTU, 09 Februari, 2013: Majikan atau pekerja swasta yang berhadapan dengan sebarang isu berhubung pelaksanaan gaji minimum perlu mengemukakan masalah itu kepada Majlis Perundingan Gaji Negara untuk diselesaikan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (gambar) berkata, majlis tersebut akan mencari pendekatan terbaik untuk memastikan kedua-dua pihak mencapai kesepakatan demi kebaikan bersama.

"Polisi ini adalah untuk semua peringkat pekerjaan. Ia bermula dengan pekerja tempatan tetapi pada masa yang sama kita mempunyai pekerja asing, mereka juga akan mendapat pembelaan melalui polisi ini," katanya selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Labu Bahagian 1 di Labu, dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai bantahan oleh pekerja syarikat pengeluar kereta nasional negara, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam yang tidak berpuas hati berhubung kenaikan gaji minimu - UTUSAN

No comments:

Post a Comment