My Add

Tuesday 26 February 2013

Perolehan PCG meningkat tahun lalu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Februari, 2013: Perolehan Petronas Chemicals Group Bhd. (PCG) meningkat sebanyak dua peratus kepada RM16.6 billion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

PCG dalam kenyataannya menyatakan, bagaimanapun keuntungan kumpulan menyusut 11 peratus kepada RM3.8 billion disebabkan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Tahun lalu, PCG telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM490 juta untuk menghentikan perniagaan vynil dan kumpulan juga mendapat insentif cukai daripada anak syarikat sebanyak RM432 juta.

Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Penyusutan dan Pelunasan (EBITDA) tahun lalu juga jatuh lima peratus kepada RM5.8 bilion.

Sementara itu perbandingan dari suku ke suku, keuntungan PCG meningkat 12 peratus kepada RM988 juta, manakala EBITDA meningkat enam peratus kepada RM1.5 bilion. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment