My Add

Sunday 10 February 2013

Najib ucap Selamat Tahun Baharu Cina, semoga bergembira

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan semoga bergembira kepada semua rakyat Malaysia.

Najib, yang akan menyambut Tahun Baharu Cina dengan penduduk di Pulau Pinang petang ini berkata, beliau berasa tidak sabar untuk menikmati Laksa Penang dan Nasi Kandar.

"Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan semoga bergembira kepada setiap rakyat Malaysia. Gong Xi Fa Chai...

"Tidak sabar untuk menikmati Laksa Penang dan Nasi Kandar petang ini dan menyambut Tahun Baharu Cina dengan semua penduduk Pulau Pinang," katanya dalam posting terbaharu dalam Twitter beliau.

Pagi ini, Najib menyertai lebih 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA yang diadakan di padang Flat Sri Johor di Cheras.

Selain menyambut Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang petang ini, Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Kling dan melawat restoran nasi kandar terkemuka 'Nasi Kandar Beratur' malam ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment