My Add

Saturday 9 February 2013

Nilai rasional janji pendidikan percuma

LABIS, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Pelaksanaan pengajian tinggi secara percuma yang dijanjikan pembangkang perlu dinilai secara rasional oleh rakyat.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, kajian daripada segala aspek perlu dilakukan termasuk membuat perbandingan dengan negara luar sebelum menerimanya.

"Memang negara maju seperti Norway dan Denmark memberikan pendidikan tinggi secara percuma kepada rakyatnya tetapi turut mengenakan cukai tinggi sehingga 47 peratus bagi cukai persendirian dan 23 peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Australia yang kaya sumber galian serta maju turut mengenakan cukai persendirian pada kadar 46 peratus dan GST tujuh peratus berbanding 26 peratus kadar tertinggi cukai persendirian yang pernah dikenakan oleh Malaysia," katanya selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pekan Air Panas, di sini baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment