My Add

Saturday, 9 February 2013

PM teruja, tak sabar-sabar mahu nikmati makanan enak di Pulau Pinang

 *LAMAN sosial Twitter Perdana Menteri dengan entri terbaharu pada tengah hari ini mengenai keterujaan beliau mahu menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang esok.

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau Pinang esok.

Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau PSY yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah pada Isnin.

Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.

Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan Psy Oppa dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.

Esok, Najib akan menghadiri beberapa acara seperti Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Majlis Minum Petang bersama pemimpin masyarakat Cina. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment