*ANGGOTA penyelamat mengusung salah seorang mangsa keluar daripada lokasi tembakan di Phoenix, Arizona, kelmarin. - REUTERS
LOS ANGELES, KHAMIS, 31 Januari, 2013: Tiga maut dalam tiga kejadian tembakan berasingan terbaharu di Amerika Syarikat (AS) beberapa hari kebelakangan ini, ketika isu mengenai kawalan senjata api masih mencetuskan perdebatan hangat di negara ini.
Di Arizona, seorang maut manakala empat lagi cedera, semalam, dalam kejadian tembakan yang berlaku di sebuah bangunan pejabat.
Pegawai Polis Phoenix, Tommy Thompson berkata, walau bagaimanapun, suspek yang dikenali sebagai Arthur Douglas Harmon, 70, berjaya melarikan diri sebelum polis tiba di tempat kejadian.
Menurutnya, polis mengepung kediaman berhampiran lokasi tembakan yang dipercayai menjadi tempat persembunyian suspek, namun dia tidak ditemui di dalam kediaman tersebut.
Tembakan tersebut dipercayai tidak dilakukan secara rambang dan kenderaan yang digunakan suspek turut dilihat di beberapa tempat, menurut laporan siaran televisyen tempatan.
Dalam pada itu di Chicago, seorang gadis berusia 15 tahun maut ditembak ketika sedang berbual dengan rakannya di sebuah taman di sini, kelmarin, menjadikan dia mangsa terbaharu kes tembakan dan bunuh diri yang semakin meningkat di negeri asal Presiden AS, Barack Obama.
Polis Chicago berkata, Hadiya Pendleton, berada di sebuah taman yang terletak kira-kira dua kilometer dari kediaman Obama tengah hari kelmarin, ketika penyerang mula melepaskan tembakan ke arah orang ramai di kawasan itu.
Menurut polis, tembakan itu tidak disasarkan kepadanya dan gadis itu cuba menyelamatkan diri, namun tidak berjaya.
Satu lagi kes tembakan maut berlaku di Midland City, Alabama, apabila seorang penyerang menembak mati seorang pemandu bas sekolah dan menculik kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari bas itu untuk dijadikan tebusan di kediamannya, kelmarin.
Pasukan keselamatan terpaksa mengepung kediaman lelaki itu sehingga tengah hari semalam dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut tanpa mencederakannya.
Lelaki tersebut, dikenali sebagai Jimmy Lee Dykes, 65, terkenal di kalangan jiran-jiran sebagai lelaki yang mempunyai masalah, termasuk pernah melepaskan tembakan ke arah jirannya. - AGENSI

No comments:
Post a Comment