My Add

Sunday 10 February 2013

Ribut salji landa timur laut AS, 5 maut, 700,000 kediaman terputus elektrik

BOSTON, AHAD, 10 Februari, 2013: Ribut salji yang diiringi angin taufan kencang melanda timur laut Amerika Syarikat menyebabkan kira-kira 700,000 kediaman dan pejabat perniagaan terputus bekalan elektrik sekali gus menjejaskan penerbangan dan mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang maut hari ini.

Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan berkata, taufan yang bertiup dari Great Lakes ke Atlantik menyebabkan salji lebih tiga kali di sekitar timur laut.

Ribut salji di kawasan pantai dan amaran banjir dikeluarkan tetapi wilayah Massachusetts dan Connecticut menarik balik amaran kepada perjalanan darat kerana ribut sedikit demi sedikit beralih ke timur.

Datuk Bandar Stratford, Connecticut, John Harkins berkata, ribul salji yang melanda adalah paling buruk kerana ada yang setebal enam inci.

Ribut sajli itu berpusat di kawasan Connecticut, Rhode Island dan Massachusetts manakala salji paling tebal iaitu 38 inci menimpa kawasan Milford, Connecticut.

Selain itu, FlightAware berkata, kira-kira 2,200 jadual penerbangan dibatalkan. Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley di Windsor Locks, Connecticut terpaksa ditutup.

Sementara itu, seorang wanita berusia 80 tahun maut selepas dirempuh kenderaan ketika membersihkan laluan di hadapan rumahnya dan seorang lelaki berusia 40 tahun ketika sedang menyodok salji manakala lelaki berusia 73 tahun tergelincir di luar rumah dan ditemui mati hari ini. - Reuters.

No comments:

Post a Comment