My Add

Tuesday 26 February 2013

Tertusuk besi cuba larikan diri

KOTA BHARU, ISNIN, 25 Februari, 2013: Seorang lelaki (gambar) dipercayai pengedar dadah, cedera parah akibat tertusuk besi pagar di dadanya semasa suspek terjun daripada sebuah rumah kayu dua tingkat ketika cuba melarikan diri daripada dicekup polis di Kampung Chicha di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, suspek yang cedera parah bagaimanapun nekad 'mencabut' dirinya daripada pagar besi tersebut untuk melarikan diri, namun berjaya diberkas polis.

Suspek kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini bagi mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Lelaki itu merupakan seorang daripada 114 orang yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu di sekitar Kubang Kerian, Melor, Binjai dan Nilam Puri, bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek yang cedera itu telah melompat dari tingkap atas sebaik sahaja menyedari kehadiran polis yang membuat serbuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment