My Add

Saturday, 2 March 2013

Krisis Kuin manifestasi pembangkang gagal urus pendidikan

SUNGAI PETANI, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Krisis kewangan dan pengurusan yang melibatkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) merupakan satu manifestasi kegagalan pakatan pembangkang dalam menguruskan pendidikan dengan baik.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara tersebut juga membuktikan manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan baru-baru ini yang kononnya memartabatkan pendidikan hanyalah omong kosong.

"Sudah banyak kali Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan Kuin adalah satu kejayaan kerajaan negeri. Dia selalu bermegah mengenai apa yang kerajaan negeri buat untuk Kuin,'' ujarnya.

Namun, katanya, luahan yang ditunjukkan oleh kakitangan Kuin pula amat berbeza dan kenyataan Azizan itu hanya 'indah khabar daripada rupa'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment