My Add

Saturday 2 March 2013

Tujuh Pengarah Kastam pikul tugas baharu

 *KHAZALI Ahmad (empat dari kiri) beramah mesra dengan para Pengarah
Kastam negeri dalam majlis penyerahan watikah pelantikan ke jawatan baru di
Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Tujuh Pengarah Kastam akan memikul tanggungjawab baru melalui pertukaran yang disifatkan sebagai rombakan terbesar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam tempoh kira-kira dua tahun.

Dalam pertukaran tersebut, Datuk Ab. Hamid Salleh menggantikan Datuk Chik Omar Chik Lim sebagai Pengarah Perancangan Korporat ibu pejabat Putrajaya sementara Chik Omar dilantik Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pertukaran lain melibatkan pelantikan Datuk Saadon Mohd. Dros sebagai Pengarah Kastam Melaka; Datuk Mohd. Nasir Said (Pengarah Kastam Perak); Badaruddin Mohd. Rafik (Pengarah Kastam Selangor), Datuk Azis Yacup (Pengarah Kastam Kelantan) dan Datuk Mohd. Isa Endot (Pengarah Kastam Kuala Lumpur). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment