My Add

Sunday 17 March 2013

230,000 Wanita UMNO sedia gempur pembangkang

PASIR SALAK, SABTU,  16 Mac, 2013: Sebanyak 230,000 ahli pergerakan Wanita UMNO sudah bersiap sedia untuk berjuang menentang pakatan pembangkang secara habis-habisan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, persiapan jentera parti itu turut melibatkan langkah mengatasi kemungkinan berlaku huru-hara serta kekacauan yang dikatakan telah disusun atur pembangkang di kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

''Saya sudah minta semua jawatankuasa Wanita UMNO untuk siap siaga, jika berlaku huru-hara yang dicetuskan oleh pembangkang, maka kita sudah siap sedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sepetang bersama Ketua Wanita UMNO di Dewan Felcra Changkat Lada di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin. - UTSAN

No comments:

Post a Comment