My Add

Thursday 28 March 2013

Awasi golongan subversif dalam masyarakat - Raja Muda Perlis

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
LANGKAWI, RABU, 27 Mac, 2013: Rakyat khususnya anggota pasukan keselamatan harus berwaspada dengan elemen-elemen subversif yang berada dalam kalangan masyarakat tanpa disedari pada masa kini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ancaman yang Berlaku di Lahad Datu, Sabah wajar dijadikan contoh terbaik agar rakyat mengambil iktibar apa yang berlaku.

Baginda bertitah demikian selepas melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sempena lawatan tersebut, baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkenan menyaksikan satu majlis menandatangani perjanjian melibatkan bidang teknologi unmanned aerial vehicle (UAV) antara UniMAP dengan Drei Sohne Technologies (Deutschland) Sdn. Bhd. (DST).

UniMAP diwakili Prof. Madya Dr. Hazry Desa manakala DST, Pengarah Urusannya, Azmi Mustapha.

Titah baginda lagi, corak peperangan masa kini memerlukan latihan khusus iaitu Peperangan Asimetrik dan Operasi Unit Kecil (OUK).

Dalam masa sama titah baginda, rakyat harus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi kepada pasukan keselamatan.

"Ia untuk bersama-sama (anggota pasukan keselamatan) mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini," titah baginda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment