My Add

Saturday 2 March 2013

Ceramah Nizar, Nurul Izzah hambar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Mac, 2013: Ceramah umum pakatan pembangkang yang menampilkan antaranya Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di kawasan lapang berhampiran Chow Kit, dekat sini malam tadi hambar apabila hanya dihadiri sekitar 300 orang.

Malah, jumlah itu semakin berkurangan kepada kira-kira 150 orang ketika Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memulakan ucapan selaku penceramah terakhir.

Laungan 'reformasi' oleh pengerusi majlis sebelum Nurul Izzah berceramah juga hanya disambut lesu beberapa orang yang hadir.

Sebelum itu, Mohammad Nizar mengejutkan khalayak apabila mengumumkan Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi akan dipilih sebagai calon Pas untuk bertanding kerusi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam ceramahnya juga, beliau berterusan menyerang Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir khususnya berkaitan pelantikannya selaku Menteri Besar Perak.

"Perak hari ini ada dua MB (Menteri Besar), satu itu MB 'haram jadah'," katanya.

Mohammad Nizar yang masih tidak dapat menerima beliau bukan lagi Menteri Besar Perak turut menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa menteri lain yang didakwanya membuat perancangan jahat sehingga menjatuhkannya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang sebelum ini mengajak rakyat menolak konsep Ketuanan Melayu menegaskan, perjuangan bangsa itu menjadi punca mengapa Pas memecat Datuk Dr. Hasan Ali yang secara sinis digelarnya sebagai 'Pengarah Perabot Jati'.

"Walaupun dia doktor PhD, tapi kalau campur aduk Islam dengan Ketuanan Melayu, pi la (pergilah) kata Pas. Pas hanya wujud kerana kalimah 'Lailahaillallah'," jelasnya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, Pas tidak akan sesekali meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment